Feb 2, 2010

Isteri Kapten England larikan diri


 
 Kapten pasukan bola sepak England, John Terry di ambang perceraian selepas isterinya, Toni meninggalkannya setelah skandal seksnya dengan model dari Perancis, Vanessa Perroncel terbongkar, lapor sebuah akhbar semalam.

Tony, 28, memberitahu beberapa rakannya bahawa dia akan menceraikan Terry sebelum meninggalkan kediaman mereka yang berharga £4 juta (RM135.6 juta) di sini.

"Dia telah memalukan saya selama 10 tahun. Kini tidak lagi," kata wanita itu

Sekiranya mereka bercerai, kes tersebut menjadi antara penyelesaian perceraian termahal dalam sejarah ahli sukan Britain.

Wanita itu dilapor berhak menerima separuh daripada kekayaan suaminya yang dianggarkan mencecah £25 juta (RM85.3 juta).

Sumber yang rapat dengan keluarga mereka mendedahkan kelmarin bahawa Toni berlepas ke Dubai pada malam Sabtu lepas bersama anak kembar mereka dan ibu bapanya.

Kecurangan Terry, 29, terbongkar Jumaat lalu apabila seorang hakim Mahkamah Tinggi Britain menolak permohonan injunksi bagi melarang media mendedahkan skandal seksnya

 
Perroncel, 28, yang juga seorang aktres, merupakan rakan rapat isterinya serta bekas teman wanita pemain pertahanan England, Wayne Bridge.

Ketika Terry dan Perroncel menjalinkan hubungan sulit, model seksi itu masih menjadi kekasih Bridge, 29.

Selain Perroncel, Terry yang kini bermain untuk pasukan Chelsea dan menerima gaji £170,000 (RM948,214) seminggu, turut didakwa menjalin hubungan sulit dengan beberapa wanita lain.

1 comment:

Cikgu Khairul Arif said...

lepas ni sepak bola tak sampai tiang gol lar...T-T

Related Posts with Thumbnails